Jumaat, 28 Januari 2011

Ad + iz bab 2


"ARGH! Ni semua kerja gila! Kau gila! Lepas tu kau libatkan aku pulak! Kata berlakon jadi awek aje. Tiba-tiba kena kahwin pulak!" jeritku. 

Lepas tau siapa dia, siapa aku, dan mengingat kembali ‘kenangan’ kami masa zaman sekolah, rasanya aku dah tak ada sebab untuk ber‘saya-awak’ dengan dia. Automatik tukar!

Tekak yang sakit aku tak peduli, janji dapat luahkan apa yang terbuku di dalam hati. Ingat aku anak kambing ke? Sesuka hati aje nak kahwinkan aku!

"Ini bukan plan asal aku, okey! Aku pun tak hingin (ingin) kahwin dengan kau!"

Nada suara Farriel se‘level’ denganku. Mujur bilik yang kami diami agak jauh dari bilik-bilik yang lain. Atau lebih tepat, bilik kami adalah satu-satunya bilik yang ada di tingkat tiga banglo ni.

Farriel mundar-mandir dalam bilik ‘pengantin’. 

Pengantin?

Tepat jam dua belas tengah malam tadi aku dinikahkan dengan Tengku Farriel Izumi. Gila! Siang tadi aku masih ke hulu ke hilir dengan status bujang. Tup-tup, malam ni dah dapat status isteri orang. Aku tak puas jadi bujang lagi la! Aku henyak punggung ke sofa. Tenggelam punggung aku di sofa empuk itu.

"Kau pun gila! Gila duit! Bila pompuan tu offer duit sikit aje, kau dah kelabu mata. Terus setuju nak jadi ‘awek’ aku!" tuduhnya lantang.

Jari telunjuk diluruskan ke arahku.

"Aku setuju nak berlakon jadi awek kau aje. Bukan jadi bini!" bentakku.

Kalau tak mengenangkan saiz badan dia yang tiga empat kali ganda besar daripada aku, dah lama aku ‘cepuk’ mamat ni. Aku pernah belajar tae kwan do tau! Walaupun tak habis belajar. Mulut macam longkang. Sesedap rasa mengata.

"I told you, I prefer real play than role play. Dah alang-alang jadi macam ni, teruskan aje la! Masa terima offer minah mereng tu, kau tak takut. Takkan sekarang takut, kut?"
Tak nak aku terikat dengan laki tak ‘cukup’ akal ni. Ingatkan, bila umur dah meningkat, matang la sikit perangai. Rupa-rupanya tak berubah. Masih sama level macam lapan tahun dulu. Satu-satunya jalan penyelesaian yang aku nampak sekarang adalah cerai. Gosh! Cerai? Umur tak sampai dua puluh tiga tahun dah nak jadi janda? Tak nak!!! Jatuh la saham aku….

"Kau pun satu. Siapa suruh jadi burung belatuk? Angguk, angguk. Ikut aje cakap nenda. Ha, gini la jadinya!"

Eh, aku pulak yang salah?

"Apa pulak aku? Mana aku tau nenda kau tu berlakon aje!"

"Was it part of ‘her’ plan?"

Balik-balik kaitkan aku dengan pompuan yang aku sendiri tak kenal. Kononnya aku diupah oleh pompuan tu untuk jadi awek dia malam ni. 

"Entah-entah, ni plan kau! Kau nak balas dendam kat aku!" telahnya lagi.

"Wei… helo! Ingat aku ‘hadap’ sangat dengan kau sampai nak buat plan bagai supaya kau kahwin dengan aku?" 

Bajet dia lelaki Melayu terakhir apa.…

Katil ditabur kelopak ros merah aku pandang. Kalau tak sebab kahwin paksa, dah tentu-tentu sekarang aku dan suami ‘terchenta’ku tengah syok baring atas katil bertilam empuk tu. Aku cepat-cepat melarikan pandangan ketika mataku bertembung dengan Farriel. Ke segenap pelosok bilik yang dihias indah dalam masa sejam. Mudahnya menjadi orang kaya. Apa nak, semua dapat.

"She will suffer for ‘this’!" Farriel merungut antara dengar dan tidak.

Aku langsung tak ambik pusing. Lantak kau la!

Tok tok tok!

Masing-masing panjangkan leher ke pintu yang dibuka setelah Farriel mengizinkan.

Muncul wajah lembut Kak Nani, pembantu rumah dalam lingkungan usia tiga puluhan.

"Ku… ada tamu nak jumpa." Sopan dan lembut tutur kata Kak Nani. 

"Siapa?"

Berkerut-kerut dahi Farriel. Siapa nak jumpa pukul tiga pagi ni?

"Maaf, Ku… gadis tu tak nak beritahu nama dia. Katanya dia datang atas arahan seseorang."

Farriel mendengus lalu membontoti Kak Nani.

"Jangan tidur dulu! We have much to discuss. You and I!" Pesannya garang sebelum berlalu.
Aku sungging bibir ke atas. Yek yek yek… tak takut!



HMMM… tetamu dah ramai yang balik. Pekerja-pekerja banglo pulak sibuk mengemas. Famili Farriel pun rasa-rasanya semua dah masuk tidur kut. Apa kata, kalau… aku cabut lari dari rumah ni! Balik rumah, tidur, bangun pagi, pergi kerja macam biasa. Buat macam tak ada apa-apa berlaku! Brilliant! 

Aku buka pintu perlahan-lahan. Clear! Benda pertama yang aku cari, tangga! Sampai tingkat dua, aku terdengar suara orang berbual. Aku panjangkan leher. Nenda Nerrisa dan seorang lelaki kelihatan. Mula-mula nak ‘bo’ layan aje. Tapi kejap-kejap diorang sebut nama aku. Ayat seterusnya pun ada nama aku lagi. Eh, ni tak boleh jadi! Kena dengar juga ni. Aku mula pasang telinga.

"Adrianna Mayesa ni siapa sebenarnya, ma? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba mama kahwinkan Aril dengan dia. Kita langsung tak tau asal-usul dia. Mama percaya ke dia tu anak yatim piatu? Entah-entah dia tu…."

Tongkat di tangan dihentak beberapa kali ke karpet tebal. Wajah Nenda Nerrisa mencuka.

Tengku Makmur, pak long Farriel tunduk mengira jari.

Hmmm… garang juga Nenda Nerrisa ni.

"Kan ke dia tu kekasih Aril? Dah Aril kata dia yatim piatu, yatim piatu la. Takkan kamu tak percaya pada Aril?"

"Selama ni, Aril langsung tak pernah cerita pasal kekasih dia ni. Macam ada yang tak kena. Jadi saya ada sebab untuk berasa curiga. Kita patut berasa curiga, ma!"
Nenda Nerrisa tarik nafas panjang. Pandangan dilempar jauh ke halaman rumah. Seperti mengingati sesuatu. Matanya tiba-tiba menjadi redup. "Aril yang mama kenal memang macam tu la sikapnya. Pendiam. Terlalu berahsia. Lebih-lebih lagi bab hati dan perasaan. Kamu sama macam Faris. Langsung tak nak kenal hati budi Aril! Kalau nak dibandingkan Aril dengan…."

Ish, tak payah dengar lagi la! Dosa curi-curi dengar ni. Lagipun, aku kan ada misi penting yang nak diselesaikan. Langkah kuatur lagi. Pintu belakang kucari. Enam orang pembantu rumah tengah sibuk mengemas pinggan mangkuk di dapur. Ada juga yang tengah melantak. Menghabiskan lebihan makanan tadi.

Isk, agak-agak lepas tak ‘halangan’ pertama ni, ek? Alah, kalau diorang tanya, cakap aje la nak amik angin kat luar rumah. Habis cerita! Bismillahirrahmanirrahim….

"Miss Prejudice!"

Satu suara menerpa di telinga. Serentak itu aku ditarik ke satu sudut agak tersorok di antara ruang tamu dan dapur.

"Apa main tarik-tarik ni?" soalku cemas.

Mr. Charity mengarahkan aku diam tatkala pihak catering melintasi kami. Mujur kedudukan kami terlindung dek pasu besar.

"Awak nak pergi mana dengan baju pengantin ni? Takkan nak lari dengan baju ni kut? Nak curi? Nak jual?"

Aku geleng kepala. Kenapa la time ni jugak kau nak bersoal-jawab dengan aku? Hari lain tak boleh ke? Tak nampak ke aku tengah buat mission imposibble ni?

"Mr. Charity, rasanya saya tak perlu nak terangkan apa-apa pada awak. Saya tak kenal awak pun. Kita baru dua kali aje jumpa. Okey, bye!"

Aku berlalu melepasinya. Namun lenganku ditarik kembali ke sisinya.

"Saya tau awak bukan girlfriend Aril!"

Melopong mulutku mendengarnya.

Lelaki tu tersenyum manis.

Masalah… masalah… masalah sudah datang!



AD… dah lama tak jumpa dengan dia. Kali terakhir kami jumpa, masa last day kat sekolah. Satu hari yang aku sendiri tak nak simpan dalam kotak memori. Hari ‘bodoh’ aku. Hmmm… siapa sangka, lepas lapan tahun, kami jumpa lagi. Tapi kali ni lain pula peranan yang kami pegang. Bukan senior dan junior lagi. Tapi suami dan isteri dalam sebuah perkahwinan. Aku langsung tak pernah terfikir nak berkongsi apa pun dengannya. Nak-nak lagi lepas apa yang jadi masa kat sekolah dulu. Ironinya sekarang, kami terpaksa berkongsi hidup pula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan