Jumaat, 28 Januari 2011

sambungan bab 2 ad + iz

Demi Allah, masa mula-mula jumpa, aku langsung tak kenal Ad. Tudung kepala yang dipakainya benar-benar mengubah penampilan Ad. Tak macam zaman sekolah dulu. Tomboy. Rambutnya dipotong pendek. Perlakuan dan bicaranya pun kasar. Masa lafaz akad nikah, time sebut nama pengantin perempuan tu, masa tu la aku baru sedar yang Adrianna Mayesa tu adalah Ad. Nama pelik macam Ad tu, siapa pun akan ingat. Nak-nak lagi, dia ‘musuh’ aku dulu.

Dalam berfikir-fikir tu, Farriel sampai juga ke halaman rumah. Di situ, berdiri seorang gadis cantik yang tampak ayu berkebaya. Pukul tiga pagi berkebaya? Salute!
"Saya Lisa, kawan Marina. I am supposed to be your ‘girlfriend’." Dia memperkenalkan diri.

Hmmm… kalau yang ni, aku percaya la boleh jadi ‘balaci’ (orang suruhan) Si Marina tu. Ad memang out of list. Langsung tak ada ciri-ciri nak jadi menantu kerabat; walaupun bau-bau bacang aje. Jap! Habis tu, Ad tu siapa? Macam mana dia boleh… oh my God! Maknanya, Ad memang tak tahu langsung pasal rancangan bodoh Marina ni. She’s innocent!

"Mana Marina?"

Lisa mula gelisah bila Farriel menyoalnya seperti seorang pesalah. "I tak tau. Last dia called dan jumpa I pagi semalam. Dia menangis. Dia cakap dia perlu pergi ke satu tempat untuk tenangkan diri. Then, dia suruh I ‘ganti’ tempat dia, jumpa parents you. And she paid me for some amount of money."

"Yeah. I know that ‘part’… agreement, money, bla bla bla…."

Farriel lepaskan keluhan. Tenangkan diri? Perlu ke nak tenangkan diri? Patutnya dia terlompat-lompat gembira. Selepas tiga tahun bercinta, pakwe ajak kahwin, berkenalan dengan bakal mak ayah mertua, bukankah dia patut gembira? Ini dibuatnya macam game police sentry; kejar dan tangkap. Yang menambahkan bengkak di hati, dia boleh suruh orang lain gantikan tempat dia. Hilang akal apa?

"Tengku Farriel, I cari you kat Hotel Kris Mas… I tak tau pulak majlis you all tukar tempat. So, what am I suppose to do now? Meet your parents now?"

Ish, apa pulak! Dah tidur agaknya orang tua tu. Pompuan ni tak tau tengok jam apa?

Lisa nampak teruja dengan ‘watak’ yang diberikan. 

Farriel melemparkan pandangan ke segenap halaman. Mujur halaman rumahnya yang sebesar tiga suku padang bola sepak dah lengang. Cuma tinggal dua tiga orang pekerja rumah aje. Caterer, orang pasang khemah, saudara-mara, sepupu-sepupu semuanya dah balik. Yang tinggal pun dah masuk rumah. Tengah syok tidur atas katil agaknya. Jadi agak mudah untuk dia berbicara dengan Lisa.

"Actually, last minute kami tukar tempat. Apa pun, ‘khidmat’ awak dah tak diperlukan lagi!"

Lisa terkejut mendengar kata-kata Farriel. "Excuse me? Why? Sebab I datang lewat? Kalau macam tu, I minta maaf. Takde sesiapa beritahu I. I cuma berpandukan maklumat yang Marina bagi aje!"

Farriel mengurut-ngurut pelipis mata. Rasa mengantuk mula mengasak mata. "Bukan macam tu! Ada orang dah ambik tempat you tu. In fact, gadis tu dah jadi isteri I pun... tiga jam lepas!"

"What?" 

Bagai nak terjojol biji mata Lisa.

Ala… tak payah la rasa terkejut sampai macam tu sekali. Aku yang kena kahwin mengejut. Bukan kau…. Sakit kepala fikir. Kahwin. Tak pernah terfikir pun nak kahwin dalam masa terdekat ni. Memang la rancang nak kahwin tahun ni. Tapi dengan Marina. Bukan Ad! Ya Allah, apa yang Kau cuba tunjukkan pada hambaMu ni?
Ah! Marina... kenapa kau buat aku macam ni? Naik sasau aku dibuatnya.

"So, macam mana sekarang?" soal Lisa. Ada riak terkilan di wajahnya.

Laaa… apesal slow sangat CPU kepala dia proses maklumat?

"Kira cancel la job awak tu. Balik rumah and enjoy the money! Kalau Marina tanya, awak cakap aje awak dah buat seperti yang disuruh. End of story. Okay, good night…."
Lisa masih terpinga-pinga di tengah laman.

Farriel atur langkah ke dalam rumah. Lepas satu, satu. Lepas ni entah apa pulak lagi, getus hatinya. Saat itulah dia terdengar suara Ihsan dan Ad sedang berbual di sebalik pasu besar yang diimport dari China.



"SAYA tau awak bukan girlfriend Aril!"

Mulut yang ternganga cepat-cepat aku tekup. 

Senyuman Mr. Charity dah berubah bentuk. Sinis dan penuh misteri. Siapa Mr. Charity ni, ek? Adik-beradik Farriel ke? Kalau tengok muka, ada rupa sikit. Masa makan tadi pun dia duduk kat meja utama. Mesti someone yang rapat dengan Farriel ni.

Kedua-dua belah tangan Mr. Charity dah melekap ke dinding. Mengepung tubuhku supaya tidak lolos darinya. Ah, sudah! Relaks, Adry… dia buat gimik aje tu. Kalau tunjuk muka takut, lagi galak dia mengusik nanti. Cool, bebeh!

"Perlu ke saya buat any declaration depan awak, Mr. Charity? Like I have said before, I don’t know you. I don’t even know your name!" sindirku dalam keadaan separuh berani.

"Ooo… sorry! I ingat you dah kenal I. Hi, I’m Tengku Ihsan Nur Qayyum. Awak boleh panggil saya Ihsan. Saya abang sepupu Aril."

Patut la busybody semacam! Aku hampir terlepas pandang kenyitan nakalnya.

"Back to the main topic, awak cuma berlakon sebagai girlfriend Aril, kan? Entah-entah kahwin tadi pun, kahwin kontrak?"

Serkap jarangnya memang bertempat. Aku cuba berlagak tenang. "Kenapa awak cakap macam tu? Saya punyalah cinta kat sepupu awak tu, sampai sanggup kahwin mengejut, tau!"

Dia senyum lagi.

Aku segera kalih muka ke kiri, mengelak bila mukanya dirapatkan ke mukaku. Ei… nak cakap, cakap aje la! Perlu ke sampai nak bersentuh pipi?

"Sebab awak bukan girl yang dia kejar kat KLIA tadi. Nasib baik saya nampak. Kalau tak, mesti saya pun tertipu macam orang lain!"

Aku tepuk dahi. Dah tentu dia tau. Dia Mr. Charity! Dia nampak aku kejar Puan Karen sampai terlanggar dia. Dan Farriel… Farriel pulak kejar awek dia yang cun tu! Nak goreng (tipu) apa lagi ni?

"Sayang, kat sini rupanya awak… puas I cari kat bilik!"

Ah… itu dia! Suara ‘penyelamat’! Buat pertama kalinya aku bersyukur Farriel ada di hadapanku. Aku meloloskan diri dari Ihsan dan mengambil tempat di belakang badan Farriel. Tangan Farriel melingkar di bahuku. Merapatkan tubuhku ke tubuhnya. Aku buat-buat batuk. Kut-kut la dia teringat yang aku ni berlakon aje jadi isteri dia. Bukan betul-betul. Haram dia nak dengar. Hish… kuatnya bau minyak wangi. Naik sesak pulak nafas aku.

Farriel dan Ihsan. Masing-masing diam, cuma beradu mata. Macam ada ‘cerita’ aje antara diorang ni.

"Ihsan, kut ye pun kau nak be‘ramah-mesra’ dengan isteri aku, tengok-tengok la masa. Lain kali, okey?"

Senada aje bunyi suara Farriel.

Ihsan angkat dua-dua belah tangan. Tanda surrender. Matanya tepat memandangku. Pandangan ‘tak sabar nak korek rahsia awak’ betul-betul merimaskan aku. Senyuman diberikan. Bukan pada Farriel. Tapi pada aku.

"Okay, dear… lain kali kita sambung chit-chat kita. Have a ‘gud nite’!"

Mata dikenyitkan sebelum berlalu pergi.

Farriel angkat tangan dari bahuku.

Aku pantas menjarakkan diri.

"Bini orang pun dia nak ‘ayat’!" Rungutnya.

Anak matanya terus mengekori Ihsan sehingga Ihsan berlalu ke tingkat atas. Matanya kembali singgah ke wajahku. Masam. "Naik bilik!" 
Woi… tempias la!

4.30 pagi.

SEINGAT aku, inilah malam yang paling panjang dalam hidup aku. Suasana banglo dah senyap sunyi. Kalau ada syiling jatuh, gerenti aku boleh dengar punya. Cuma suara Farriel yang kedengaran sekarang. Membebel gara-gara tindakan aku yang nak cabut lari tadi. 

Kelopak mata aku tongkat dengan jari telunjuk. Badan aku pun dah mintak nyawa dah, dek keletihan. Pagi tadi kena siapkan tempahan baju yang berlambak. Maklumlah, tak lama lagi cuti sekolah. Cuti sekolah bermakna ramai orang buat kenduri kahwin. Bukan pengantin aje nak bergaya. Mak ayah pengantin, adik-beradik pengantin, mak cik pak cik, datuk nenek, anak buah, anak sedara (saudara), kawan-kawan, jiran sekampung pengantin pun nak jugak melaram masa kenduri kahwin tu nanti.

Kalau aku tokey butik, memang la aku suka. Orang datang bawak duit. Tapi aku ni kuli aje. Memang la aku suka menjahit, sulam-sulam ni semua. Bakat yang tak pernah aku terfikir aku miliki. Tapi bila dah berlambak-lambak, tengok aje pun dah tak lalu. 

Letih menjahit, aku kena pulak berkejar ke KLIA. Menghantar baju fashion show. Lepas tu, berkejar pulak ke banglo mewah ni. Cerita baru pulak bermula. Aku disangka awek Si Farriel gemuk ni! Last-last kena kahwin paksa-rela dengan dia pulak. Huwargh…! Kalau kurus, hensem, mulut tak menyakitkan hati, takpe la jugak. Ini tak! 
Farriel ni memang dari dulu tak sebulu dengan aku. Dia macam ada simpan dendam kat aku. Dia benci tengok aku. Masa sekolah dulu pun macam-macam dia cuba buat kat aku. Dengan harapan, aku dibuang sekolah. Mujur nasib baik selalu menyebelahi aku. Yang peliknya, aku tak pernah buat apa-apa pun kat dia. Tapi, apesal dia benci sangat dengan aku?

Aku ingat, bila dah habis sekolah, habis la penderitaan aku dengan dia. Tak tau pulak lepas lapan tahun aku boleh jumpa dia balik dan sambung balik penderitaan aku ni. Apalah malang sangat nasib aku ni?

Sekarang ni pun dia tengah mendera aku. Tak dibaginya aku tidur. Aku ni dah mengantuk tahap cipan dah ni! Kalau disorong bantal, gerenti lelap punyalah mata aku ni. Lupa semua benda. Tapi, bila teringat ada Farriel, rasa tak selera pulak nak tidur. Jadi takut pulak. Tak pernah seumur hidup aku berdua-duaan dengan lelaki. Dalam bilik pengantin pulak tu. Ei, selisih malaikat empat puluh empat!

"Kau tak kisah kan kalau aku cakap kasar dengan kau? Kita bukan tak biasa bercakap dulu, kan?" soalnya bersahaja.

Aku angkat bahu. Haah. Memang kita biasa bercakap pun. Tapi tak tau la cara kita bercakap tu boleh diklasifikasikan bercakap atau bertekak. Paling habis baik pun, dalam nada menyindir.

"Aku nak kita adakan perjanjian."

Perjanjian lagi? Seumur hidup aku ni, aku memang kena terikat dalam perjanjian aje ke? Jadi fobia pulak dengar perkataan perjanjian ni! "Suka hati kau la.…"

Tak larat aku nak melayan. Apa dia cakap, aku angguk aje. Ala… cliché la syarat-syarat perjanjian ni! Adat la kan orang kahwin kontrak ni. Balik-balik itu aje syarat yang dikenakan. Semuanya sama macam dalam novel dan cerita yang aku tengok. Semuanya memang aku boleh jangka. Tapi, satu syarat ni memang pelik sikit.

"Aku nak kau improvekan gaya penampilan, cara percakapan kau dan pengetahun kau!"

"Woit! Apa, kau ingat aku ni buruk sangat ke? Bebal sangat ke?"

Buntang biji mata aku. Underestimate orang sesuka hati. Macam bagus aje dia ni!

"Bukan! Masalahnya, gaya kau langsung tak meyakinkan aku, apatah lagi diorang. Marina Irriani, seorang pramugari. Dia pernah kerja dan tinggal kat US selama lima tahun. Kau tengok gaya kau. Langsung tak macam dia. So, untuk jadi dia, kau kena la improve diri kau."

"Kau kata kau tak cerita banyak pasal Marina Irriani ni kat famili kau. So, apa masalahnya? Tak payah la kalut tak tentu pasal!"

Farriel meraup wajahnya untuk kesekian kalinya. "Lebih baik kita prepare for the worst thing, kan? Lagipun, ramai orang dalam famili aku ni nak tengok aku ‘jatuh’."

"Ya… ya… ya. Apa-apa aje la. So, aku kena buat apa?" Tudung kepala aku garu kasar.

"Nanti aku fikir macam mana nak improve that ‘part’. One more thing, aku nak kau belajar balik."

"Huh?" Aku buat muka tak puas hati tahap dewa.

"Kau belajar sampai mana? SPM? STPM aje, kan?" 

"STPM. Mana kau tau?"

"Huh… tengok gaya aje pun aku dah tau!"

Ei… nasib baik dia jauh dari aku. Kalau tak, lepas jugak sedas dua penumbuk kat batang hidung dia.

"Aku nak kau sambung belajar. Paling kurang, ada ijazah."

"Helo… kau sibuk-sibuk suruh aku buat itu-ini ni, macam la aku nak jadi bini kau untuk seumur hidup! Kontrak perkahwinan ni tamat bila Marina kau tu balik pada kau, kan? Aku rasa tak payah la kut. Malas la nak belajar. Otak dah berhabuk!"

"Nope! Kau kena sambung belajar jugak. Full stop. No more objection!" katanya seraya menggoyang-goyangkan jari telunjuk.

"Okey! Kalau macam tu, aku ada syarat untuk kau jugak!"

"Apa?"

"Kau kena kuruskan badan kau. Aku nak badan kau saiz M aje. Bukan XXL, okey?" 

Dia ingat dia sorang aje boleh letak syarat merepek? Jadi isteri kontrak dengan belajar, ada kena-mengena ke?

"Apa kena-mengena dengan badan aku pulak?" tingkah Farriel. Tak puas hati la tu!

"Tak setuju takpe! Aku pun tak nak sambung belajar!"

"Kau ingat orang gemuk ni takde orang suka ke? Berderet nak kat aku, tau tak?"

"Tak setuju, takpe! Aku pun tak nak ubah gaya dan aku pun tak nak improve knowledge aku."

"Okey! Okey! Okey! Aku akan kuruskan badan." 

Akhirnya Farriel mengalah jugak.

"Yes!!! Deal!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan