Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota.Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa, tetapi pada jiran sebelahnya,jauh panggang dari api.
Rumah No. 9
Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya, Setiap tahun menambah usia tanpa sempit mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tidak terduga. Prinsipnya jelas,orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.
Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada sempadan terjilid dalam pelbagai episod :
* Kereta perdana vs kereta kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi
Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud di kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas dan ada sayang yang menjalar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan